Pages

ShareThis

Labels

Wednesday 5 September 2012

Apa yang terjadi di internet dalam masa 60 saat

Sama-sama kita menghargai masa :)

60 Seconds - Things That Happen On Internet Every Sixty Seconds
Infographic by- Shanghai Web Designers

World Wide Web berkembang pada kadar yang pesat. Secara purata, lebih daripada satu bilion laman-laman web baru ditambah setiap hari.

Untuk memberi anda idea bagaimana besarnya web di seluruh dunia, 60 Seconds Infographic dari go-globe.com akan meliputi beberapa fakta yang benar-benar menarik tentang laman web yang kita gunakan atas dasar hari ke hari.

Dalam masa 60 saat / 1 minit, inilah perkara-perkara yang berlaku di internet;

- Search engine Google menyajikan lebih bahawa 694,445 pertanyaan

- 6,600 + gambar dimuat-naik ke Flickr

- 600 video telah dimuat naik ke video YouTube, berjumlah 25 jam + kandungan

- 695,000 update status, 79,364 posts dinding dan 510,040 komen diterbitkan pada laman Social Networking, Facebook

- 70 domain baru berdaftar

- 168,000,000 + emel dihantar

- 320 akaun baru dan 98,000 tweets dijana pada laman Social Networking, Twitter

- Aplikasi iPhone dimuat turun lebih dari 13, 000 kali

- 20,000 post baru diterbitkan pada  platform Micro-blogging, Tumbler

FireFox pelayar web popular dimuat turun lebih daripada 1,700 kali

- Platform blog popular iaitu Wordpress dimuat turun lebih daripada 50 kali

- Plugins WordPress dimuat turun lebih daripada 125 kali

- 100 akaun dicipta pada laman rangkaian profesional LinkedIn

- 40 soalan baru ditanya di YahooAnswers.com

- 100 + soalan ditanya di Answers.com

- 1 artikel baru diterbitkan di Associated Content, sumber terbesar di dunia bagi kandungan yang dihasilkan oleh komuniti

- 1 takrif baru ditambah di UrbanDictionary.com

- 1,200 + iklan baru dicipta di Craigslist

- 370,000 + minit panggilan suara yang dilakukan oleh pengguna Skype

- 13,000 + jam aliran muzik dilakukan oleh penyedia radio internet peribadi, Pandora

- 1600 + bacaan di Scribd, syarikat penerbitan bacaan sosial terbesar

[go-gulf.com]

Wednesday 22 August 2012

TOP 5 Pusat Melabur Pahala✔&Dosa ☢ di Alam Maya

 Sama-sama kita guna untuk kebaikan agar mendapat Pahala yangTerus Mengalir~

Hadis tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(HR. Muslim).

Selain dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa macam perbuatan yang tergolong dalam amal jariah.

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya "(HR. Ibnu Majah).
 



 Pusat Melabur Pahala✔&Dosa ☢ di Alam Maya


✔Facebook







✔Youtube


 ✔Domain Website Hosting






✔ File Sharing Download





✔Twitter







Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:40) |

Tuesday 21 August 2012

Iktibar dari Akaun Facebook Nur Farrahin

Antara kisah yang hangat di seantero Facebook ni mengenai seorang remaja bernama Nur Farrahin yang telah meninggal dunia. Dikatakan ibu arwah telah bermimpi arwah merayu agar akaun Facebook'nya dapat ditutup kerana banyak gambar yang mendedahkan aurat di situ. Wallahualam.


Allah swt berfirman: إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ �Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui� (An-Nur:19)


Maka bermulalah misi rakan-rakan arwah mencari hacker yang boleh memecah masuk akaun arwah dan tolong tutupkan akaun tersebut.

pengajaran;
1. Jangan mendedahkan aurat anda di Facebook.
2. Jika berlaku kematian pada ahli keluarga atau sahabat anda, tak perlu susah payah cari hacker. Hubungi Facebook dan berikan bukti kematian kemudian mereka akan tolong padamkan.[mengikut kehendak masing]
3.Jangan jadikan Facebook sebagai pusat melabur dosa [sistem 24 jam]
4.sayangi ibubapa anda
5.ibubapa mestilah menegur&menasihati anak-anak mereka supaya ber-Facebook cara islamic.
6.bertaubat sebelum ajalmu tiba


Ramai wanita remaja yang dalam kesesatan,malah mereka boleh tidur nyenyak dan tidak memikirkan ke mana mereka kembali selepas mati?Sama-sama kita doakan agar umat islam mendapat hidayah :)

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*


Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid, dia berkata : Rasulullah Shallallahualaihi wa salam bersabda : “Aku berdiri di pintu surga (ternyata) kebanyakkan orang yang masuk ke dalamnya adalah orang-orang lemah, sedangkan orang-orang yang kemuliaan (yaitu : orang berharta, orang yang mempunyai kedudukan dan kebahagiaan materil) tertahan (dari masuk surga), tetapi penduduk neraka diperintahkan untuk masuk neraka. Aku berdiri di pintu neraka, ternyata kebanyakkan yang masuk ke dalamnya adalah para wanita � (Hadits ini shahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)



Dan dihadits lain pun diriwayatkan dari Imran bin Hushain radhiyAllahuanhu, dari Nabi Shallallahu alaihi wa salam, beliau bersabda :
Aku melihat-lihat ke dalam surga, Aku juga melihat-lihat ke dalam neraka, maka aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita (Hadits shahih riwayat Bukhari dan diriwayatkan juga oleh Kutubbusittah)




Jabir r.a mengatakan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. Telah bersabda dalam khutbahnya, “Wahai manusia, bertaubatlah kamu kepada AllahSwt. Sebelum tiba kematianmu; dan bersegeralah kamu dalam pekerjaanmu masing-masing; dan kuatkanlah hubunganmu dengan Allah Swt. Melalui banyak berdzikir serta memperbanyak sedekah baik sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan; dengannya kamu akan diberi rezeki, kamu akan dibantu dan kerugianmu akan digantikan.”